Anda perlukan khidmat juruelektrik untuk mengatasi keperluan pendawaian elektrik di rumah atau pejabat anda? Anda memang berada di tempat yang betul!
Kami adalah pasukan juruelektrik yang bertauliah. Samada anda menghadapi masalah fius terbakar, kipas rosak atau ingin membuat pendawaian baru, pasukan kami akan sentiasa membantu anda.
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sebutharga!
Servis Pemasangan
Servis Pembaikan
Servis Penyelenggaraan
Servis Pendawaian Elektrik Yang Kami Tawarkan
Pembaikan Sistem Elektrik: Mengatasi masalah seperti kabel rosak, panel elektrik yang tidak berfungsi, dan masalah pada soket atau suis.
Troubleshooting Elektrik: Mendiagnosis dan menyelesaikan isu elektrik yang berlaku di rumah atau pejabat.
Pemasangan Sistem Elektrik: Termasuk pemasangan kabel, panel elektrik, soket, suis, dan lampu.
Pemasangan peralatan elektrik seperti pemanas air, aircond, kipas siling dan lampu.
Penyelenggaraan Sistem Elektrik: Memastikan sistem elektrik berfungsi dengan baik melalui pemeriksaan berkala dan penggantian komponen yang usang.
Pemeriksaan Keselamatan Elektrik: Menilai sistem elektrik untuk memastikan ia mematuhi piawaian keselamatan.
Apa Kata Pelanggan Kami
“Harga berpatutan, dan teknisyen sangat cekap. Terbaik!” – Nurul, Ipoh
“Masalah pendawaian saya selesai dengan cepat! Servis yang sangat profesional.” – Ali, Seri Iskandar
★★★★★
★★★★★
Soalan Lazim (FAQs)
Berapa anggaran kos untuk pendawaian elektrik?
Kos bergantung pada jenis servis yang diperlukan, seperti pendawaian baru, baik pulih, atau pemasangan peralatan elektrik. Untuk mendapatkan anggaran harga yang tepat, sila hubungi kami untuk konsultasi atau sebut harga percuma.
Adakah teknisyen anda berlesen?
Ya, semua teknisyen kami berlesen dan mempunyai pengalaman luas dalam pendawaian elektrik. Kami memastikan setiap kerja dijalankan mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Adakah anda menyediakan servis kecemasan?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan kecemasan 24/7 untuk menangani isu elektrik yang memerlukan tindakan segera, seperti litar pintas atau suis terbakar. Hubungi kami pada bila-bila masa untuk bantuan pantas.
Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan kerja?
Tempoh kerja bergantung kepada skop projek. Untuk servis kecil seperti pemasangan lampu atau kipas, biasanya hanya mengambil masa 1-2 jam. Untuk pendawaian penuh rumah, ia mungkin memerlukan beberapa hari. Kami akan memberi jadual anggaran selepas penilaian awal.
Hubungi Kami
Kami menawarkan servis perpaipan, pendawaian elektrik dan penyelenggaraan/pemasangan aircond di Ipoh, Batu Gajah dan Seri Iskandar. Sebarang Pertanyaan Atau Tempahan, Hubungi Kami Di No. Talian:
drkayservices© 2024. All rights reserved.