Anda perlukan khidmat juruteknik untuk mengatasi keperluan aircond di rumah atau pejabat anda? Anda memang berada di tempat yang betul!
Kami adalah pasukan juruteknik aircond yang bertauliah. Samada anda menghadapi masalah kebocoran aircond, aircond tidak sejuk atau ingin memasang aircond baru, pasukan kami akan sentiasa membantu anda.
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sebutharga!
Pembersihan dan Penyelenggaraan
Pemasangan Aircond Baru
Pembaikan Kerosakan Aircond
Servis Aircond Yang Kami Tawarkan
Pemasangan aircond di rumah, pejabat, atau premis komersial.
Penyesuaian saluran paip dan kabel.
Cucian unit dalaman dan luaran.
Pembersihan penapis udara untuk aliran udara yang lebih baik.
Mengeluarkan habuk, kulat, dan kotoran.
Membetulkan masalah seperti kebocoran gas, motor kipas rosak, atau pemampat tidak berfungsi.
Apa Kata Pelanggan Kami
Saya puashati dengan technician ni sebab diorang memang cuci betul-betul bersih aircond dalam dan luar. Semua part dibukak dan saya pun tengok sendiri diorang cuci. Oklah puashati. - Mr. David Goh, Keledang, Ipoh.
Satu benda yang saya suka dengan technian ni, dia transparent. Sebelum mula kerja, dia tunjuk dulu satu per satu masalah aircond saya dan cadangkan penyelesaian. Harga pun transparent dan lebih kurang sama je dengan technician lagi. Dah dua kali saya guna khidmat technician ni, saya tak masalah dengan diorang. Mungkin lain kali, akan panggil mereka lagi. - Puan Mariah Abu, Kampong Bali.
★★★★★
★★★★★
Soalan-soalan yang sering ditanya (FAQ)
Berapa kerap saya perlu servis aircond?
Disarankan untuk servis setiap 6 bulan sekali, bergantung pada penggunaan dan persekitaran (contoh: kawasan berhabuk).
Apa yang termasuk dalam servis aircond?
Pembersihan unit, pemeriksaan tekanan gas, pembersihan penapis udara, dan pemeriksaan keseluruhan sistem.
Berapa lama proses servis aircond?
Servis biasa mengambil masa 60 minit untuk setiap unit, bergantung pada keadaan aircond.
Adakah gas penyejuk perlu diisi semula setiap kali servis?
Tidak semestinya. Gas hanya diisi semula jika terdapat kebocoran atau tekanan gas rendah.
Apa tanda aircond saya perlukan servis?
Tanda-tanda termasuk:
Udara kurang sejuk.
Bunyi pelik dari unit aircond.
Bau tidak menyenangkan.
Air menitik dari unit dalaman.
Apakah jenis aircond yang anda servis?
Kami servis semua jenis aircond, termasuk jenis split, inverter, dan sistem central.
Adakah anda menawarkan jaminan selepas servis?
Ya, kami menawarkan jaminan kerja selama 14-30 hari (bergantung pada jenis servis).
Hubungi Kami
Kami menawarkan servis perpaipan, pendawaian elektrik dan penyelenggaraan/pemasangan aircond di Ipoh, Batu Gajah dan Seri Iskandar. Sebarang Pertanyaan Atau Tempahan, Hubungi Kami Di No. Talian:
drkayservices© 2024. All rights reserved.